03 July 2016

Kraftangan Sarawak

Sumber: Lyickherry



  • Ini adalah beg untuk mengangkat bayi,biasanya dihasilkan oleh kaum kenyah/kayan yang merupakan pakar dalam seni berasaskan manik dan rotan,





  • Pua kumbu orang iban mempunyai kehalusan dan keindahan kraftangan kaum Sarawak menjadikan produk  yang di hasilkan terkenal di dalam negara mahupun luar negara.



Tatu/ Potong Kepala






  • Adat bertatu di kalangan kaum iban dimana setiap tatu yang di buat di seluruh badan adalah melambangkan keberanian seseorang itu. Dan menjadi kewajipan untuk kaum lelaki iban mempunyai tatu di badan pada masa dulu.






  • Tradisi ngayau kaum iban atau di kenali sebagai headhunter.





Adat Perkahwinan Kaum Iban




Pesta Kaul Melanau


Sumber: Kaul Mukah Sarawak





  • Kaul merupakan satu pesta keramaian yang diraikan oleh masyarakat Melanau sejak dari dulu lagi. 
  • Dahulu, Kaul dilihat sebagai perayaan keagamaan oleh masyarakat Melanau Pagan untuk memohon restu daripada penunggu laut, darat, ladang dan hutan agar penunggu tersebut tidak mengganggu ketika mereka mencari rezeki.
  • Perubahan agama dan anutan di kalangan masyarakat Melanau turut mengubah aplikasi dan kepercayaan Kaul.
  • Pesta ini menghidangkan satu manifestasi khazanah budaya kaum Melanau dari aspek pakaian, kraftangan, makanan, permainan dan tarian.



Perayaan Gawai

Sumber: Wikipedia





  • Perayaan Hari Gawasecara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat Dayak Sarawak dan yuKalimantan Barat tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta selepas menuai yang disambut oleh masyarakat Dayak yang merangkumi pelbagai etnik.
  • Selepas menuai, beras sudah tentunya banyak untuk menjamu selera orang ramai dan Petara (Tuhan) orang Dayak yang selalunya disertakan dengan korban babi dan ayam terutamanya dan ditambahkan lagi dengan daging haiwan buas, ikan dan lauk pauk daripada hutan belantara.
  • Pesta Gawai disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pada jendela waktu ini, pelbagai jenis gawai boleh diadakan mengikut kehendak dan tujuan masing-masing.





Linut

Sumber: Luar Teko






  • Linut adalah salah satu makanan tradisi atau ruji masyarakat Melanau di Sarawak.
  • Bahan utama untuk membuat linut adalah tepung lemantak atau lebih dikenali sebagai tepung sagu.
  • Untuk menambah kesedapan makan linut ni, kebiasaannya akan digandingkan dengan masakan sayur keladi atau sambal asam dan sambal belacan cair.

Ulat Mulong

Sumber: Utusan Online






  • Ia sebenarnya adalah larva kumbang yang bersarang di dalam batang pokok rumbia yang sudah reput.
  • Ulat mulong terutama yang gemuk berlemak boleh dinikmati menerusi pelbagai jenis masakan sama ada digoreng bersama kicap, disalai, dibuat sup ataupun dijadikan sate.
  • Walaupun tiada kajian saintifik, ulat mulong dikatakan mempunyai beberapa khasiat termasuk dapat mengurangkan masalah kegemukan manakala minyaknya pula berkhasiat untuk melebatkan rambut.
  • Kegilaan terhadap ulat mulong menjadikannya sebagai makanan yang mempunyai nilai komersial sekali gus menjadi sumber pendapatan lumayan kepada pembekal dan penjualnya.