Perayaan Gawai
- Perayaan Hari Gawai secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat Dayak Sarawak dan yuKalimantan Barat tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta selepas menuai yang disambut oleh masyarakat Dayak yang merangkumi pelbagai etnik.
- Selepas menuai, beras sudah tentunya banyak untuk menjamu selera orang ramai dan Petara (Tuhan) orang Dayak yang selalunya disertakan dengan korban babi dan ayam terutamanya dan ditambahkan lagi dengan daging haiwan buas, ikan dan lauk pauk daripada hutan belantara.
- Pesta Gawai disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pada jendela waktu ini, pelbagai jenis gawai boleh diadakan mengikut kehendak dan tujuan masing-masing.